TERMA DAN SYARAT PENYEWAAN

Sebutharga (quote) dan cadangan (recommendation) tidak menjamin ketersediaan peralatan sewa. Peralatan sewa hanya akan ditempah selepas deposit telah dibayar.
Pemasangan peralatan sewa khemah akan dijadualkan apabila yuran tempahan sebanyak 30% telah dibayar. 60% dari harga sewa perlu dilunaskan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh majlis. Amaun selebihnya 10% perlu dibayaran pada hari khemah siap di pasang
Semasa peralatan sewa diterima oleh Penyewa sehingga peralatan sewa dipulangkan,Penyewa bertanggungjawab terhadap segala peralatan sewa. Sekira ada barang yang hilang, kena curi atau rosak atas apa-apa juga sebab atau keadaan, Penyewa bertanggungjawab terhadap segala kos samada untuk menganti atau pemperbaiki barang-barang sewa tersebut.
Sila pastikan tapak khemah tersedia sebelum kru RAYYANS CANOPY sampai pada hari khemah hendak dipasang. Kenderaan-kenderaan mestilah telah dipindahkan,serta jiran-jiran telah dimaklumkan tentang penutupan jalan dan laluan alternatif telah disediakan.
Pihak kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan Penyewa berkenaan hari dan masa penghantaran. Namun begitu adakalanya kelewatan dan perubahan dalam jadual ini tidak dapat dielakkan. Pihak kami akan memaklumkan penyewa jika ada apa-apa berubahan dalam jadual penghantaran. Semua peralatan sewa akan dihantar dan diambil di alamat yang dijanjikan. Penyewa boleh mengira bilangan semua peralatan sewa pada masa penghantaran dan masa pemulangan.
Khemah adalah struktur sementara. Sekiranya wujud angin kencang, hujan yang sangat lebat atau puting beliung, adalah berisiko untuk menggunakan khemah sebagai tempat teduhan. Penyewa menanggung semua tanggungjawab berkenaan cuaca,segala risiko mengadakan majlis di luar bangunan atau di tanah lapang. Pemberi sewa akan berusaha untuk meminimakan risiko tersebut, tetapi sekiranya peralatan sewa tidak dapat digunakan akibat angin kencang, hujan, banjir dan apa-apa faktor yang di luar kawalan Pemberi Sewa, Penyewa masih perlu membayaran bayaran penuh.
Penyewa berjanji untuk tidak memasak menggunakan apa-apa cara memasak di bawah atau terlalu dekat dengan khemah (kecuali khemah masak). Penyewa menanggung semua tanggungjawab dan kos mengganti atau memperbaiki dan/atau membersihkan khemah disebabkan kerja-kerja memasak di bawah atau berdekatan dengan khemah.
Scallop, skirting, alas meja, sarung kerusi akan diperiksa sebelum diambil dan apabila sampai ke premis kami. Sila jangan menggulungkan apa-apa kain yang basah atau dimasukkan ke dalam beg plastik; kain akan rosak. Sekiranya ada kerosakan yang nyata seperti kain bertompo @ bercendawan, kekotoran yang melampau, kesan terbakar, kesan putung rokok atau ada yang koyak, Penyewa akan dikenakan caj menggantikan barang yang berkenaan. Sila kembalikan semua kain-kain sewaan dalam keadaan kering dan bebas dari barang buangan.
Taman Universiti Skudai